Pengenalan Kambing@Goat

Pengenalan Kambing@Goat
PAKR Kg Saujana, Setiu

Pengenalan Syarikat

Ditubuhkan di Saujana Setiu Terengganu. Beroperasi dialamat berikut...

Latar Belakang Kami

Kami mula menternak kambing sejak awal tahun 2008 bermula dengan 3 ekor baka Koplo (1 bapak 2 ibu) Sehingga kini ternakan kami telah bertambah menjadi 11 ekor (termasuk 2ekor Jamnapari). Kami merancang untuk menambah jumlah ternakan demi memenuhi permintaan didaerah Setiu.

Objektif Penternakan Kambing

Projek penternakan kambing ini berperanan sebagai :
1. Pemangkin kepada aktiviti penternakan yang boleh dimanfaatkan sebagaisumber ekonomi bagi diri dan masyarakat setempat.

2. Menjadi contoh kepada golongan belia terutamanya mahasiswa, bahawasektor pertanian dan penternakan bukanlah suatu sektor picisan. Ini kerana, iamenjanjikan pendapatan yang lumayan.

3. Penggerak kepada budaya kerja sektor ternakan kepada
aktiviti yang bolehmenyemarakkan semangat kerjasama dan penjelmaan semangat jati diri yangtinggi di kalangan masyarakat.

4. Mewujudkan masyarakat yang berdaya maju dalam bidang ternakan khasnyadan pertanian amnya. Ini bertepatan dan selaras dengan Rancangan MalaysiaKe-8 (RMK8).

5. Menghasilkan peluang pekerjaan baru yang berdaya ekonomi intensif danefisyen kepada masyarakat kampung. Ini kerana, penternakan kambing inidilakukan secara sistematik dan intensif.

Kambing Jamnapari

Penternakan Jamnapari
Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.

Kambing Boer

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.
Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.
Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri ciri kambing boer:
*Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
*Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
*Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
*Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
*Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.

Fakta Kambing

Kambing Jamnapuri:
Mempunyai dua kegunaan iaitu untuk susu dan daging.
Cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini kerana tempat asalnya di Jogjakarta, Indonesia mempunyai iklim yang tidak jauh berbeza.
Pembesaran kambing ini cepat dan mempunyai saiz besar sehingga mampu mencatatkan berat sehingga 90 kilogram/

July 29, 2008 14:38 PM

Pusat Penyelidikan Kambing Bernilai RM10 Juta Dirancang Di ECER
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.
Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya."Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia," kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun yang dipetik sebagai berkata."Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.
Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus pernternakan kambing, katanya."Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan."Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.
Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.
Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancongan ke negeri itu tahun ini. Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini djangka turut mendapat perhatian pelancong.Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.
Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.
Di ECER, projek meningkatkan penternakan kambing meliputi penubuhan pusat penyelidikan pembiakan kambing nukleus di Tersat, penubuhan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) serta pusat pengumpulan dan pemasaran (CMC) bagi penternak tradisional untuk mengumpul dan memasarkan kambing.

Kandang Kambing

Pembinaan Kandang
Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.


Soalan Lazim Tentang Kambing

Apakah kelebihan kambing Jamnapari berbanding kambing Boer?

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Pihak kami lebih memelihara kambing Jamnapari kerana melihat kepada daya tahan dan kelebihan nya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang.

Apakah umur matang kambing Jamnapari?

Tempoh matang bagi kambing adalah kebiasaannya seawal 7 bulan. Namun pengurusan yang baik adalah perlu bagi memastikan ternakan di kawinkan pada sekitar umur 1 tahun ke atas bagi betina dan 1 1/2 bagi jantan. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi terhadap ternakan ketika melahirkan anak dan anak yang di perolehi kecil dan tidak sihat.

Apakah makanan yang sesuai untuk kambing Jamnapari?

Makanan yang sesuai adalah sebaiknya berbentuk 70% hijau-hijauan berupa daun-daun (leban, balik angin, mahang, petai belalang, dll.) dan rumput-rumput (napier, guinea, dll.) samaada di beri secara terus atau di potong kecil. Melalui pemberian daun dan rumput ianya dapat mengurangkan kos dalam penyediaan makanan. Pemberian dedak adalah hanya sebagai tambahan dan bukan suatu keutamaan, kerana ianya dapat meningkatkan kos penjagaan dan menggangu dalam aliran tunai projek ternakan. Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui makanan berupa hijauan, di mana perolehan kandungan serat yang mencukupi.

Berapa ekor kambing yang sesuai untuk 1 ekar tanah?

Bagi keluasan 1 ekar tanah, untuk sistem lepas ragut ianya hanya dapat menampung 6- 10 ekor / ekar / tahun. Tetapi kapasiti ternakan boleh di tingkatkan sehingga 100 - 200 ekor dengan tanaman rumput " cut and carry "sekiranya sistem intensif di praktikkan.

Berapa jumlah maksimum kambing bagi kandang bersaiz 14' x 20'?

Kandang seluas 14' x 20' dijangka mampu menampung sekitar 15 - 20 ekor kambing pada sesuatu masa.

Berapakah harga sepasang kambing Jamnapari?

Kambing betina baka Jamnapari
RM 1600 ( 40 kg ke atas, 12 - 30 bulan)
Kambing jantan baka Jamnapari
RM 3200 ( 70 kg ke atas, 12 - 30 bulan )

Adakah saya layak untuk menternakan kambing Jamnapari?

Bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan kos. Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi dalam ternakan, samaada untuk daging, susu atau baka. Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara ternakan dan menjual ternakan.

Berapakah harga anak kambing Jamnapari?

Harga seekor anak kambing Jamnapari berumur 2 bulan dan ke atas adalah RM 600.00 hingga RM 1500.00 bergantung pada saiz dan baka anak kambing itu.

Bagaimana dengan bantuan modal?

Bagi khidmat nasihat berkaitan modal penternakan, bolehlah tuan berhubung terus dengan agensi kerajaan seperti jabatan haiwan daerah, jabatan pertanian, MARDI, RISDA, Bank Pertanian, Bank Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Bagaimanakah permintaan pasaran kambing Jamnapari?

Untuk makluman pihak tuan,industri penternakan kini semakin berkembang dengan penyertaan pihak kerajaan dan swasta. Buat masa ini ramai yang menternak untuk membiakkan kambing ini Kami menjangkakan penjualan daging akan lebih pesat dalam 2-3 tahun akan datang selepas pembiakan kambing berjaya. Lebih 92% daging dan ternakan kambing kini diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Buat masa ini pasaran nya tidak mempunyai masalah dan permintaan semakin meningkat untuk kambing baka Jamnapari. Strategi pemasaran yang baik dan mengetahui sasaran pengguna pasaran adalah penting. 

Berita

Malaysia-Australia Jalin Kerjasama Bangunkan Bidang Ternakan Kambing

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Australia bakal menjalin kerjasama bagi membangunkan industri ternakan kambing apabila perjanjian mengenainya ditandatangani oleh kedua-dua negara pada akhir minggu ini.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata perjanjian itu akan meliputi kesemua aspek dalam program pembangunan industri ternakan kambing, termasuk sokongan teknikal dan penyelidikan serta pembangunan."Prospek untuk kemajuan dalam sektor ternakan adalah besar, khususnya dalam bidang ternakan kambing, jadi kita sangat berminat untuk membangunkan industri kambing di negara ini dengan sokongan dari Australia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar 'Mengekalkan Industri Agrotani di Malaysia' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang dekat sini hari ini.Mustapa berkata inisiatif untuk menjalin kerjasama terbaru dengan Australia dibuat memandangkan negara itu mempunyai banyak pengalaman dan kelebihan dalam bidang tersebut.Malaysia, yang juga merupakan negara pengimport kambing hidup terbesar Australia sebelum ini turut bekerjasama dalam bidang pembekalan daging lembu dan kambing biri-biri, selain bidang penyelidikan dan pembangunan bagi industri ternakan.Ditanya sama ada Malaysia bersedia untuk menjadi pengeksport daging kambing pada masa depan, Mustapa berkata keutamaan kini diberikan untuk menampung keperluan domestik, di mana mengikut perkiraan, negara ini hanya mampu menampung 25.6 peratus daripada keseluruhan keperluan pada 2015.Namun katanya, usaha sedang giat dilakukan bagi menambah bilangan ternakan kambing di negara ini termasuklah melalui kaedah bioteknologi dan pihak swasta turut digesa untuk menyertainya.-- BERNAMA

Intipati Kelapa Khasiat Istimewa

Santan kelapa merupakan air perahan dari kelapa tua yang dikukur. Santan mempunyai rasa lemak dan digunakan sebagai perasa yang menyedapkan masakan. Pada masa dahulu, santan akan diperah dari kelapa yang dikukur/diparut dan dicampur dengan air panas sebelum diperah.

Pada masa kini, terdapat mesin pemerah santan bagi memerah santan dengan cara yang bersih, banyak dan pantas. Bagi penggunaan mesin, kelapa yang diparut tidak perlu dicampurkan dengan air, dan pati santan yang terhasil adalah 100% tulen. Terdapat juga santan segera dalam paket yang cuma perlu ditambah air panas sebelum digunakan.

Hampas kelapa yang terhasil boleh diproses sebagai makanan haiwan ternakan seperti ikan, ayam dan lain-lain.

Kelapa & Sejarahnya

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut, tulisan Cina 椰) atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.
Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Asal Usul:
Asal pokok kelapa telah menjadi perbahasan dengan sesetengah pihak berkuasa mendakwa bahawa ia berasal dari semenanjung Asia Tenggara sementara yang lain pula mendakwa bahawa ia berasal di barat laut Amerika Selatan.
Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah dijumpai di Rajasthan, India. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang persisiran pantai.
Oleh kerana buah kelapa ringan & timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak cahaya matahari & hujan yang tetap (75-100 cm setahun), yang menjadikan koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara seperti Norway telah di dapati masih utuh & mampu tumbuh setelah diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawai, pokok kelapa dianggap diperkenalkan oleh orang Polinesia, pertama diperkenalkan ke kepulauan oleh pelayar Polinesia dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.

Penanaman:
Buah kelapa tua dibiarkan bercambah & ditanam di tapak tetap & turut ditanam pindah sebagai pokok hiasan dalam lanskap. Bagi kelapa yang tinggi ia selalunya lambat matang & berbunga semasa usia 6-10 tahun. Kelapa tinggi boleh hidup sampai 100 tahun & tahan lasak iaitu boleh tumbuh dalam pelbagai keadaan & jenis tanah. Bagi kelapa rendah, ia berbunga 3 tahun selepas ditanam dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Kelapa rendah mungkin memberi hasil sehingga berusia 50 tahun

Penyakit & Perosak:
Pokoknya boleh dijangkiti penyakit yang disebabkan kulta, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan paksi tengah pokok menjadi busuk, batang menjadi reput & berdaun kuning. Kilat juga boleh membunuh pokok kelapa. Perosak yang paling besar adalah kumbang badak & kumbang hitam. Buah kelapa dimakan tupai & di sesetengah tempat buahnya dimakan ketam kelapa.

Kegunaan:
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinan nya bahagian akar. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk: batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding & lantai, daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, lidi kelapa boleh dibuat penyapu, sabut kelapa boleh dibuat tali, tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan, serbut sabut boleh dibuat bahan reput & kompos dalam pertanian & minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita & sabun.

No posts.
No posts.

Jam Dunia